Kaukus: MB Johor serah kepada kebijaksanaan ahli Parlimen
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 4 Disember lalu.
ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli Parlimen dari negeri ini berhubung cadangan penubuhan kaukus membabitkan 24 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor.
Jelas beliau, sebagai ahli Parlimen, sememangnya menjadi tanggungjawab mereka untuk membawa suara rakyat Johor ke Dewan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
"Berhubung cadangan kaukus Ahli Parlimen BN dan PH Johor yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong dan ADUN Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad, saya menyerahkannya kepada kebijaksanaan ahli Parlimen dari Johor terbabit.
"Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan ikhtiar bagi menjayakan inisiatif dan dasar Kerajaan Persekutuan yang boleh mensejahterakan bangsa Johor," katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad.
Iklan
Pada 4 Disember lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, cadangan penubuhan kaukus Chin Tong merupakan langkah terbaik bagi memastikan negeri ini terus mendapat manfaat daripada Kerajaan Persekutuan.
Penubuhan kaukus membabitkan 24 ahli Parlimen BN dan PH Johor diyakini akan dipersetujui dalam usaha membawa kestabilan dan kemakmuran di negeri ini.
Iklan
Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap turut merayu kesemua 24 ahli Parlimen Johor untuk terus memperjuangkan projek rakyat di negeri ini supaya diteruskan selepas ini.
"Saya memohon kepada semua ahli Parlimen Johor untuk terus memperjuangkan projek keutamaan rakyat Johor yang membabitkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
"Antaranya termasuklah pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya PLUS Antara Yong Peng Utara hingga Senai Utara selain Projek Pelebaran Lebuhraya Senai - Desaru Expressway.
"Selain itu, pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2), Johor Bahru; projek bekalan air negeri; rancangan tebatan banjir; sekolah rendah dan menengah yang perlu dinaik taraf di negeri ini juga diharap diberi perhatian.
"Kerajaan Johor juga merayu supaya kualiti pendidikan negeri dan negara, insentif untuk pelabur terus melabur di Johor, perluasan kadar penembusan jalur lebar, usaha mengembalikan projek High Speed Rail (HSR) dan Rapid Transit System (RTS) yang akan memberi limpahan ekonomi kepada negeri ini turut diberi perhatian," katanya.
Pada PRU15 lalu, PH menang 14 kerusi Parlimen di Johor diikuti BN mendapat sembilan kerusi dan Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh dua kerusi.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.