Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 529 orang
Iklan
KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 529 orang sehingga jam 10 pagi, Ahad berbanding 435 orang yang direkodkan jam 8 malam pada Sabtu.
Berdasarkan laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terlibat ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas iaitu Temerloh, Jerantut, Lipis, Raub dan Bera.