Raih Anugerah Dekan walau pernah tangguh pengajian
Iklan
Anisya (tengah) meraikan kejayaannya bersama keluarganya.
SKUDAI - Biarpun pengajiannya pernah tertangguh selama setahun, namun ia tidak menghalang penuntut kurang upaya (OKU) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini untuk mencapai kejayaan diimpikannya.
Anisya Anis Sariff, 27, yang menghidap penyakit Bipolar Disorder berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia sempena Majlis Konvokesyen ke-66 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai pada Rabu.
Iklan
Iklan
Anak bongsu daripada empat beradik itu turut mencatat purata nilai gred (CGPA) 3.77 dan mendapat Anugerah Dekan.
Menceritakan mengenai kejayaannya itu, Anisya menyifatkan penyakit yang dihidapinya bukan penghalang untuknya menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajarannya di universiti.
Iklan
Menurutnya, dia sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, pensyarah serta tunangnya.
"Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya di UTM.
Iklan
"Secara keseluruhannya, saya belajar di UTM selama lima tahun dan dua tahun lagi di luar negara sebelum menamatkan pengajian,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Mengulas mengenai kaedah dia menangani masalah Bipolar Disorder yang dialaminya, Anisya berkata, dia mendisiplinkan dirinya untuk mengambil ubat yang disyorkan selain mengikut sesi terapi.
"Kalau ikutkan, penyakit saya akan menjadikan saya sering kemurungan, sering mengalami delusi selain berhalusinasi.
"Alhamdulillah, saya dapat menanganinya hasil sokongan keluarga, tunang, rakan-rakan dan juga pensyarah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>