Jumlah mangsa banjir di Johor tidak berubah
Iklan
PPS - Foto hiasan
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Tangkak masih tidak berubah dengan seramai 276 mangsa daripada 69 keluarga mangsa banjir kilat ditempatkan di empat PPS.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), keempat-empat PPS berkenaan melibatkan Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Tasek bagi daerah Segamat dan SK Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat bagi daerah Tangkak.
Iklan
Iklan
"Setakat jam 8 pagi Ahad, bagi daerah Segamat, dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan seramai 39 mangsa mangsa banjir kilat daripada 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak Kampung Batu Batu 5, manakala Dewan Komuniti Tasek yang menempatkan seramai 14 mangsa mangsa banjir kilat daripada lima keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.
"Bagi daerah Tangkak, seramai 122 mangsa banjir kilat daripada 29 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya dan Kampung PT. Pulai ditempatkan di PPS SK Simpang 5 Darat selain mangsa seramai 101 mangsa banjir kilat daripada 23 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung PT. Bunga Raya dan Kampung PT. Pulai ditempatkan di Sekolah Agama Simpang 5 Darat,” menurut kenyataan berkenaan.
Iklan
Secara keseluruhannya, setakat jam 8 pagi Ahad, dua daerah melibatkan Segamat dan Tangkak masih terjejas akibat banjir kilat dengan 276 mangsa daripada 69 keluarga masih berada di keempat-empat PPS di kedua-dua daerah berkenaan.
Sementara itu, laporan berkenaan turut menyatakan tiada amaran ribut petir dilaporkan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia setakat ini.
Iklan
Bagaimanapun hujan diramalkan berlaku di Mersing, Segamat, Kluang dan Batu Pahat, Tangkak dan Kulai pada Ahad.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>