PRU15: Peratusan pengundi muda keluar mengundi meningkat

Iklan
Syed Saddiq menunjukkan jarinya yang telah dicelup dakwat setelh selesai membuang undi pada Sabtu.

JOHOR BAHRU – Pertambahan 2.4 juta pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) dilihat sebagai satu perkembangan yang baik.

Menurut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkara itu juga menyaksikan peratusan keluar mengundi bagi golongan muda dilihat sangat baik berbanding PRU14 lalu.

Iklan
Iklan

"Bagi angka sebenar kita bandingkan pada tahun sebelumnya (2018) iaitu pada jam 2 petang, dalam 62 peratus telah keluar mengundi.

"Perkara ini dilihat sebagai perkembangan yang baik dan diharapkan lebih ramai dapat turun mengundi,” katanya pada Sabatu

Iklan

Mengulas mengenai peratusan di Muar, Syed Saddiq berkata, setakat jam 2 petang tadi, jumlah peratusan anak muda keluar mengundi pada tahap 56 peratus.

"Jumlah itu sekali gus melebihi daripada jumlah yang dicatatkan di saluran-saluran yang lain.

Iklan

"Masih ada masa untuk keluar mengundi dan tidak ada lagi barisan panjang dan hanya perlukan lima minit.

"Tetapi lima minit itulah yang akan menentukan masa depan negara bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.