PRU15: SPR tegaskan pengundi tidak benar guna telefon bimbit
Iklan
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa semua pengundi tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di tempat mengundi.
Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan berkata, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan dalam tempat mengundi.