PRU15: Terengganu timbang cuti khas selepas hari mengundi
Iklan
Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita selepas program Santai Petang bersama penduduk di Kampung Langgar pada Sabtu.
HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan mempertimbangkan cuti khas selepas hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan akan diumumkan selepas mengadakan perbincangan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rabu ini kerana setiap keputusan ada kaedah dan prosesnya.
Iklan
Iklan
"Kita akan pertimbangkan cuti peristiwa tapi saya tak kata ada cuti tapi kita akan tengok apa langkah terbaik sebab tahun ini ada beberapa cuti yang kita ambil cuti peristiwa.
"Apa-apa pun kita akan bincang lanjut dalam mesyuarat (Mesyuarat Kerajaan Negeri)," katanya selepas program Santai Petang bersama penduduk di Kampung Langgar di sini, pada Sabtu.
Ahmad Samsuri (duduk, dua dari kanan) bersama penduduk di Kampung Langgar pada Sabtu.
Iklan
Turut hadir, calon Pas Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
Tambah Samsuri, setiap negeri berbeza-beza kaedah cutinya.
Iklan
"Negeri ada (cuti) berbeza-beza, pengundian pada hari Sabtu, ada cuti hari Jumaat dah balik mengundi. Hari Jumaat di Terengganu memang dah cuti jadi kita tengoklah macam mana kita nak buat (putuskan)," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>