Sampel DNA keluarga seorang lagi pekerja kuari diambil

Iklan
Laporan Sinar Harian 20 September lalu. Gambar kecil: Mohd Yusri

IPOH - Pengesahan identiti seorang lagi pekerja kuari yang maut tertimbus runtuhan batu kuari di di Simpang Pulai, Mac lalu, dibuat menerusi sampel asid deoksiribonukleik (DNA) adik beradiknya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sampel waris mangsa, Kheow Loo Siew Soon diperoleh di sebuah hospital di Switzerland.

Iklan
Iklan

"Adik beradik mangsa kini berada di luar negara dan mereka telah memberikan sampel DNA untuk dipadankan.

Menurut beliau, keputusan DNA seorang lagi mangsa runtuhan batu membabitkan lelaki Orang Asli, Itam Lasoh, 43, masih belum diketahui.

Iklan

"Bagi pihak polis, siasatan kes ini telah pun selesai dan kita sedang menunggu laporan ujian DNA kedua-dua mangsa daripada pihak hospital.

"Keputusan ujian DNA ini mungkin mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur," katanya.

Iklan

Insiden runtuhan pada 8 Mac lalu telah mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke HRPB untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan.

Pada 20 September lalu, pasukan mencari dan menyelamat menemui cebisan tulang dan rangka manusia bersama serpihan baju dan jengkaut di lokasi berkenaan, milik seorang daripada mangsa runtuhan.

SAR kemudiannya ditamatkan pada Khamis selepas cebisan pakaian dan tulang manusia dipercayai milik kedua-dua mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat.