Banjir: Terengganu sedia hospital sementara
Iklan
Hanafiah
KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan menyediakan hospital sementara di setiap daerah sebagai persiapan sekiranya berlaku banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, ia bagi memudahkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital besar.
Iklan
Iklan
"Saya telah maklumkan kepada semua pegawai daerah bahawa tahun ini selain daripada bilik pengasingan Covid-19 perlu ada satu lagi bilik iaitu hospital sementara kerana dibimbangi jika berlaku banjir besar hospital akan ada ramai pesakit. Jadi, di hospital sementara ini para doktor akan memberi nasihat atau rawatan awal sebelum dibawa ke hospital besar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan melancarkan Dasar Wanita Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat sini pada Khamis yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Iklan
Hanafiah juga berkata, makanan dan barangan keperluan yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir akan ditempatkan di pengkalan hadapan di seluruh negeri pada awal Oktober ini.
Dalam perkembangan sama, Hanafiah menasihatkan masyarakat supaya tidak panik mengenai kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang menyatakan persiapan tetap perlu dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk risiko bencana empangan pecah.
"Nadma jangkakan hujan tahun ini sangat banyak dan air melimpah. Agensi itu memberitahu ada kemungkinan (empangan pecah), tetapi setakat ini TNB (Tenaga Nasional Berhad) memberi harapan (jaminan) ia (Empangan Kenyir) selamat. Insya-Allah tidak berlaku apa-apa,” katanya.
Iklan
Pada Selasa selepas, Bernama melaporkan semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut November ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Nadma, Meor Ismail Meor Akim berkata, walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>