Parti politik tidak patut campur tangan organisasi media
Iklan
Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mencampuri urusan organisasi media.
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mencampuri urusan organisasi media.
PH dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia merupakan petanda tidak baik terhadap tanggapan kebebasan pelaporan serta agenda politik organisasi media tersebut kelak.
Iklan
Iklan
"Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilapor media sebagai memberi jaminan berhubung kebebasan akhbar.
"Ini satu perkara amat dikesali dan PH mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak patut mencampuri urusan organisasi media terutama seperti yang kita saksikan ini,” katanya.
Iklan
Menurutnya, PH juga kesal dengan tindakan pihak kerajaan melalui Timbalan Pendakwa Raya yang telah mendakwa dua pengamal media dari akhbar The Edge di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah fitnah.
"Dakwaan ini berkait siri artikel yang diterbit The Edge berhubung jual beli saham murah (penny stock) yang dipercayai dimanipulasi pihak-pihak tertentu di Bursa Malaysia.
Iklan
"Kami menuntut kerajaan untuk menarik balik dakwaan jenayah ini, dan jika pihak yang terkesan mempunyai keinginan mereka boleh memfailkan saman sivil terhadap media tersebut,” jelasnya.
Katanya, media memainkan peranan amat penting terutama dalam usaha semak imbang selain menjamin ketelusan urus tadbir termasuk dalam bidang ekonomi.
"Oleh itu, jaminan Perdana Menteri ini perlu dizahirkan bukan sahaja di bibir tetapi melalui tindakan-tindakan yang selaras dengan jaminan tersebut,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>