Hamzah sokong penuh Dr Samsuri terajui PN

Iklan
Hamzah

SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa Ahad.

Hamzah bersama 18 lagi ahli Parlimen PN dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh buat Dr Samsuri untuk memimpin gabungan, sekali gus mendukung PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya.

Iklan
Iklan

"Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara," kata ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Senarai nama pemimpin yang menyatakan sokongan antara lain termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Iklan

Selain itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim.

Turut serta, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.

Iklan

Hamzah sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya tidak menghadiri Mesyuarat Khas PN yang berlangsung di ibu pejabat Pas, petang tadi disebabkan pemecatan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lalu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.