'Isteri-isteri saya tiada nama Zainab Mohd Salleh' - Abd Latiff

Iklan
Dari kri: Abd Latiff,Rafizi

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sekali lagi menegaskan isteri-isterinya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh yang dikaitkan dengan isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

Menerusi laman Facebook pada Jumaat, Abd Latiff turut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

Iklan
Iklan

"Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab Mohd Salleh," tulisnya.

Menerusi hantaran sama, beliau turut meninggalkan pantun sinis terhadap pihak yang mengaitkan keluarganya di dalam projek tersebut.

Iklan

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

Rafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki isteri Abd Latiff.

Iklan