Rasuah: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan perlu melaksanakan beberapa reformasi dan tindakan tegas berkaitan gejala rasuah dengan segera kerana perkara tersebut dikatakan semakin berleluasa terutama melibatkan parti dan penjawat awam.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan berkata, ia termasuklah melakukan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik dan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah bidang kuasa Parlimen.

Iklan
Iklan

"Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa risau dan marah apabila meneliti berita kejadian rasuah yang semakin menjadi-jadi.

"Majlis Presiden mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan itu, penerimaan bayaran sebanyak RM30,000 oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Iklan

Tambah kenyataan itu, ini kerana pada ketika beliau menerima bayaran berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mohd Sidek masih lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

"Selain itu, dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pula, seorang bekas pengarah UKSB, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima di antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan.

"Bekas pengarah itu juga berkata, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui UMNO Bahagian Rembau telah menerima di antara RM50,000 hingga RM200,000.

"Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu,