AP dimansuhkan, pengimport masih perlu IP: MAFI
Iklan
IP masih diperlukan bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.
SHAH ALAM - Pengimport komoditi agromakanan daripada luar negara perlu mempunyai Import Permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, meskipun Approved Permit (AP) tidak diperlukan lagi, IP masih diperlukan bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.
Iklan
Iklan
Jelas kenyataan, ia untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh kerajaan.
"Dengan pemansuhan AP ini, semua syarikat adalah dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan.
Iklan
"Ia juga tertakluk kepada IP yang dikeluarkan Maqis berserta syarat- syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan juga Akta serta Peraturan lain yang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, AP bekalan makanan tidak lagi diperlukan berkuat kuasa serta-merta.
Iklan
Selaras dengan pengumuman itu, MAFI berkata, AP itu berkuat kuasa kepada komoditi agromakanan tertentu seperti kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.
"Walau bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa,” ujarnya.
MAFI akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan.
"Ia juga supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkhasiat.
"Pada masa yang sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara,” jelasnya.
MAFI turut berharap dengan keputusan itu, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800549/berita/nasional/tarif-elektrik-kerajaan-perkenal-konsep-bayar-ikut-penggunaan-tahun-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.