LPT3: Nelayan, pembekal hasil laut dapat jimat kos
Iklan
Masalah lambakan hasil laut dapat diselesaikan sekiranya LPT3 beroperasi.
PASIR PUTEH - Persetujuan dan janji Kerajaan PH untuk menyelesaikan pembinaan LPT3 membangkitkan semangat nelayan dan pemborong ikan di sekitar Bachok serta Pasir Puteh terutamanya di kawasan pendaratan hasil laut di Tok Bali.
Seorang pembekal ikan dari Terengganu yang ditemui di Kompleks pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Lim Chin Yong, dengan wujudkan rangkaian lebuhraya seperti LPT3 yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan, pastinya memberikan banyak rahmat kepada golongan nelayan serta pembekalan sepertinya.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, jarak perjalanan yang lebih dekat sudah pastinya memberikan kesan positif kepada penjimatan kos bahan api dan sebagainya.
"Saya amat setuju jika kerajaan segerakan buat LPT3 dari Gemuroh, Kuala Terengganu ke Pasir Puteh, Kelantan sebab selama ini saya terpaksa ulang alik jauh untuk dapatkan bekalan ikan di Tok Bali.
Iklan
"Kalau sudah ada lebuh raya cepat sikit saya boleh datang ambil bekalan dan hantar ke peniaga-peniaga di Kuala Terengganu, Marang dan Setiu,” katanya.
Golongan nelayan bakal mendapat manfaat daripada pembinaan LPT3 nanti.
Sementara itu, nelayan dari Semerak, Amir Rouduan, 27, berkata, sebagai individu yang terlibat dalam sektor perikanan, dia berharap pembinaan LPT3 dapat disegerakan kerana pelbagai manfaat bakal diperolehi oleh nelayan.
Iklan
Katanya, masalah lambakan hasil laut dapat diselesaikan dengan adanya lebuh raya berkenaan kerana ia memendekkan perjalanan pembekal dan peraih ikan ke destinasi masing-masing.
"Lambakan berlaku apabila hasil tidak dapat dihantar dengan cepat ke luar ketika masih ada pasaran, jalan raya tidak sesuai melembabkan pemasaran,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.