KOTA KINABALU - Sebanyak 1,958 mangsa daripada 733 keluarga yang terjejas akibat banjir di Tenom dan Beaufort ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang beroperasi ialah dua di Beaufort iaitu Dewan Selagon yang menempatkan 218 mangsa dan Dewan DSP DUN Banir (132 mangsa).