Bomba Terengganu sasar tambah 11 pasukan bomba sukarela

Iklan
Nor Mahathir

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) kali ini dengan memberi penekanan khusus kepada peranan penting Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi memastikan tindakan pantas di kawasan luar liputan balai.

​Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad berkata, penglibatan dan kerjasama bersama sukarelawan amat kritikal dalam mempercepatkan masa tindak balas jabatan, terutama bagi menampung kawasan yang sukar dicapai dalam tempoh pantas oleh balai bomba sedia ada.

Iklan
Iklan

Nor Mahathir (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Perhimpunan Sukuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu pada Isnin.

Menurutnya, penambahan 11 pasukan baharu itu menjadikan sasaran keseluruhan sebanyak 23 pasukan PBS diperlukan di seluruh negeri berdasarkan data analitik dan Pelan Tindakan Strategik JBPM Terengganu 2026–2030 yang baru dilancarkan.

Iklan

​"Kita ada sebanyak 12 pasukan PBS dan kita perlukan lagi sebanyak 11 pasukan untuk mengawal keseluruhan kawasan yang tidak dapat kami sampai dalam satu tempoh yang telah ditentukan dan juga 'response time' jabatan

"Kita akan gerakkan PBS tersebut untuk respon pada peringkat awal dan kami akan susun dalam tempoh yang paling cepat untuk sampai ke lokasi kejadian. Dengan kerjasama baik dan erat ini, ia akan mempercepatkan respon pihak JBPM Terengganu,"katanya pada sidang akhabr selepas Majlis Perhimpunan Suku Keempat JBPM Negeri Terengganu di sini pada Isnin.

Iklan

​Mengulas lanjut mengenai fasa MTL yang bermula sejak 27 Oktober lalu hingga Mac 2027, katanya, Terengganu dijangka berdepan tiga hingga lima gelombang hujan, dengan tumpuan pemantauan di 460 kawasan hotspot seluruh negeri.

​"Kuala Terengganu mencatatkan jumlah hotspot tertinggi iaitu 97 lokasi, diikuti Dungun (72) dan Hulu Terengganu (63), yang semuanya telah dimasukkan ke dalam pelan pra-insiden balai daerah.

Nor Mahathir ketika menyempurnakan gimik pelepasan pasukan RRondaan kesiapsiagaan MTL Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu bersama Pasukan Bomba Sukarela pada Isnin.

​"Apa yang paling kita bimbang ialah kejadian tanah runtuh. Apabila berlakunya MTL ini, kita tidak tahu di mana kawasan yang akan terkesan dengan kejadian hujan lebat ini seperti yang mengorbankan dua nyawa dalam tragedi di Bukit Apit pada 2024," tambahnya.

​​Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan serta-merta sebarang aktiviti rekreasi air, termasuk mencari kerang, susulan insiden hampir lemas membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun di Pantai Rusila, Marang baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, beberapa pihak lain turut bersiap sedia dalam menghadapi bencana banjir dan risiko ketika musim tengkujuh antaranya melibatkan penutupan taman eko rimba bermula 1 November oleh Jabatan Perhutanan Negeri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"​Pihak JBPM Terengganu juga menyeru ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak daripada bermain di kawasan berisiko tinggi seperti longkang besar dan pesisir pantai, serta meminta masyarakat agar tidak menunggu saat akhir untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian,"ujarnya.