SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM1.84 juta kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (PINTA).
Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, bantuan khas kewangan itu turut diberikan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Jagaan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.