Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf mampu tampung 1,000 pengunjung

Iklan
Suasana ketika program Buka Puasa Mega Ala Madinah di Karnival Karangkraf pada Jun 2018.

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mampu menampung sehingga 1,000 pengunjung setiap hari.

Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, bagi yang ingin merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi, mereka perlu membuat panggilan untuk tempahan terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Setiap hari, dianggarkan dalam 500 orang tetapi kita boleh terima kunjungan sehingga 1,000 orang dan semua ini berdasarkan kepada tempahan terlebih dahulu.

"Ini kerana makanan akan disediakan berdasarkan kepada jumlah tempahan pada hari itu. Jadi orang ramai perlu membuat panggilan sekurang-kurangnya dua hari sebelum menyertai program berbuka puasa ini,” katanya pada Ahad.

Iklan
Firdaus Hussamuddin

Mengulas lanjut, beliau berkata, program yang bermula 4 hingga 29 April bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa secara percuma.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat atau individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.

Iklan

"Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kami untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan terbabit melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank).

"Sumbangan yang diterima dari orang ramai ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada orang susah,” jelasnya.

Firdaus yang juga Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 019-2133315.

"Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa Ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.