Pendengaran PSC isu saham Azam Baki tidak dibuka kepada umum
Iklan
Azhar Azizan Harun - Foto Bernama
SHAH ALAM - Semua prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) termasuk pada Rabu yang membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai.
Menurut laporan portal The Star, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ia tidak dibuka berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, semua prosiding PSC dan jawatankuasa lain adalah tertakluk kepada peruntukan peraturan tetap.
"Peraturan mesyuarat tidak membenarkan prosiding terbuka.
Iklan
"Malah, peraturan tidak membenarkan perbincangan atau pendedahan saksi, keterangan saksi dan kandungan prosiding sehingga laporan dibentangkan kepada Dewan,” katanya pada Ahad.
Menurut Azhar, perkara tersebut bertujuan untuk memelihara integriti prosiding tersebut dan memastikan kerjasama yang lengkap daripada semua yang terlibat.
Iklan
"Ini juga bagi memastikan kerjasama sepenuhnya daripada semua yang terlibat,” ujarnya.
Pada Sabtu, ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM menggesa prosiding tersebut dibuka kepada orang awam dan media.
Menurut Terence, ia penting bagi memastikan tiada sebarang usaha untuk menyembunyikan kebenaran.
Azam dijangka disoal siasat oleh PSC bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berhubung penglibatannya dalam kontroversi dagangan saham minggu depan.
Menurut ahli jawatankuasa PSC dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, Azam telah dimaklumkan dan akan hadir di hadapan sembilan ahli jawatankuasa itu pada 19 Januari.
Mesyuarat itu akan diadakan pada jam 2 petang di Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>