Senat AS sahkan pelantikan Joshua Harris sebagai Duta Besar ke Malaysia
Iklan
Joshua Harris. Foto US Department of State
KUALA LUMPUR - Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pencalonan Joshua Harris sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS yang baharu ke Malaysia.
Menurut laman web Kongres AS, pencalonan Harris disahkan oleh Senat menerusi undian suara pada 30 September 2026.
Iklan
Iklan
Harris yang berasal dari Maryland merupakan pegawai diplomatik kerjaya dalam Perkhidmatan Luar Kanan AS dengan pangkat Minister-Counselor. 
Pencalonan beliau dikemukakan oleh Presiden Donald Trump pada 21 Julai 2026 sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.
Iklan
Jawatankuasa itu mengadakan sesi pendengaran pada 16 September sebelum Senat, dengan persetujuan sebulat suara, mengambil alih pertimbangan pencalonan berkenaan pada 30 September dan mengesahkannya pada hari yang sama. 
Pengesahan itu menandakan selesainya proses pertimbangan Senat terhadap pencalonan Harris untuk mewakili AS di Malaysia.
Iklan
Harris pernah berkhidmat sebagai Timbalan Penolong Setiausaha Negara di Biro Hal Ehwal Asia Barat dari 18 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2025, dengan tanggungjawab menyelia hubungan AS dengan Algeria, Mesir, Libya, Maghribi dan Tunisia.
Jawatan Duta Besar AS di Kuala Lumpur kosong sejak Februari susulan pemergian Edgard D Kagan yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Duta Besar AS ke-22 ke Malaysia.
Kagan, seorang diplomat kerjaya, mempersembahkan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Mac 2024 selepas pencalonannya disahkan oleh Senat pada November 2023.
Maklumat lanjut mengenai pencalonan Harris dan pengesahannya oleh Senat AS pada 30 September 2026 boleh didapati di laman web Kongres AS di https://www.congress.gov/nomination/119th-congress/1201/4. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>