'Sidang khas Parlimen perlu enam hari bukan sehari'
Iklan
Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Sidang khas Parlimen yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Januari ini perlu ditambah kepada enam hari.
Ahi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia bagi membolehkan Perdana Menteri dan kerajaan membentang serta membahaskan dua isu besar yang sedang melanda negara hari ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga hari diperuntukkan untuk membincangkan kertas putih isu banjir dan pasca banjir, manakala tiga hari lagi bagi membahas kertas putih berkaitan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
"Sidang khas perlu memberi peluang kepada kerajaan mengemukakan kertas putih berkaitan Tan Sri Azam Baki.
Iklan
"Alibi dan pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Rabu mengundang lebih banyak keraguan dan menyebabkan Malaysia semakin kehilangan kepercayaan dunia serta rakyat terhadap isu integriti kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.
Iklan
Bagaimanapun pada Rabu, Abu Zahar memaklumkan, bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.
Dalam pada itu, Mahfuz berkata, kegagalan menangani isu ini juga dilihat akan terpalit kepada kegagalan Perdana Menteri menguruskan negara dan rakyat.
"Krisis integriti SPRM ini akan memberi kesan buruk yang besar kepada negara kerana rakyat mengharapkan SPRM benar-benar memerangi rasuah, tapi kini suruhanjaya tersebut dilihat terpalit dengan rasuah dalam negara," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>