MSD 2021 catat 1.5 juta tontonan

Iklan
Ahmad Zulqarnain

SHAH ALAM - Program utama literasi kewangan tahunan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Program Minggu Saham Digital 2021 (MSD 2021) mendapat sambutan memberangsangkan dan mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan selama tujuh hari serta lima juta penglibatan di semua saluran media sosial rasmi program itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, semua program yang diadakan sepanjang minggu itu boleh ditonton menerusi saluran Facebook dan Youtube MSD.

Iklan
Iklan

"Kami berharap para peserta berjaya menimba ilmu baharu daripada pengalaman mereka bersama kami dan terus menyokong usaha celik kewangan kami,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Zulqarnain berkata, laman web rasmi MSD telah dikunjungi sebanyak sejuta kali dengan peraduan Jom...Kira Duit menerima penyertaan 307,000 lebih daripada 9,000 peserta.

Iklan

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat, terutama peserta yang menjadikan MSD 2021 sebagai acara yang paling menyeronokkan,” katanya.

Beliau berkata, program hibur didik selama seminggu itu bertemakan #laburbersama bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur melalui pelbagai aktiviti dalam talian.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai tanda penghargaan, PNB memberi peluang kepada orang ramai yang mengikuti program MSD untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM500,000 menerusi pelbagai peraduan yang diadakan sebelum dan semasa MSD berlangsung.

Sementara itu, Ahmad Zulqarnain berkata, menerusi Peraduan Jom...Kira Duit, Muhamad Ramli Ab Rahman dari Kuala Lumpur telah memenangi hadiah pertama yang membawa pulang kereta Hyundai Kona 2.0 Standard manakala Filzah Haziyah Ahmad Shah dari Sabah memenangi hadiah kedua yang membawa pulang kereta Toyota Yaris 1.5G (AT).

Muhamad Ramli Ab Rahman dari Kuala Lumpur telah memenangi hadiah pertama yang membawa pulang kereta Hyundai Kona 2.0 Standard.

Mohd Shahril Amin Shahda dari Perak menerima hadiah ketiga iaitu kereta Perodua Ativa 1.0 Turbo AV dan Abdul Hamid Hasan dari Kedah menerima hadiah keempat, motosikal Honda CB250R.

Filzah Haziyah Ahmad Shah dari Sabah memenangi hadiah kedua yang membawa pulang kereta Toyota Yaris 1.5G (AT).

Seramai lapan pemenang membawa pulang motosikal 125 Honda Dash dan lima adalah pemenang Ringgit Emas.

Selain itu, peraduan Live Trivia merekodkan 4,592 penyertaan manakala peraduan cabutan bertuah mencatatkan 2,400 penyertaan.

Mohd Shahril Amin Shahda dari Perak menerima hadiah ketiga iaitu kereta Perodua Ativa 1.0 Turbo AV.

"Kami juga berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan korporat yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan MSD 2021 terus menjadi salah satu acara literasi kewangan terbesar di Malaysia,” katanya.

Rakan Premier MSD ialah Malayan Banking Berhad (Maybank), Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings Berhad. Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah dalam kategori Rakan Utama manakala MNRB Holdings Berhad (MNRB), CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad, Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad, dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd adalah dalam kategori Rakan.