St John sedia 12 bakul makanan bantu mangsa kebakaran
Iklan
Pihak St John diketuai Wan Abdul Rahman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan dalam kebakaran berkenaan.
KOTA BHARU – Sebanyak 12 bakul makanan dan sumbangan kewangan disediakan pasukan kecemasan St John Kawasan Kelantan Selatan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab pada malam Selasa lalu.
Pemerintah St John Kawasan Kelantan Selatan, Wan Abdul Rahman Wan Yusoff berkata, pihaknya sentiasa melakukan aktiviti kebajikan dengan membantu mereka yang memerlukan terutamanya melibatkan kebakaran.
Iklan
Iklan
"Kita memang selalu berikan bantuan kebajikan seperti ini melibatkan mangsa kebakaran, mangsa Covid-19, golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
"Ia bergantung juga kepada sumber dana yang kami ada. Sehingga kini, untuk kawasan Selatan Kelantan, 600 keluarga telah dibantu mengikut kategori yang kita pilih,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab yang kini menumpang di Masjid Pakistan berdepan dengan lokasi kebakaran berkenaan.
Bakul makanan yang disediakan melibatkan barangan keperluan asas seperti beras, sardin dan sebagainya.
Iklan
Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahman memberitahu, lebih 1,500 keluarga di bantu tahun ini melibatkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan juga Gua Musang.
Beliau berkata, bagi kawasan Gua Musang, pihaknya turut dibantu pasukan yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang juga Yang Dipertua St John Kawasan Kelantan Selatan, Mohd Syahbuddin Hashim.
"Pasukan beliau akan membantu kami untuk mengagihkan bantuan di kawasan Gua Musang dan mereka banyak membantu memudahkan urusan kami. Apa yang penting, bantuan berkenaan sampai kepada sasaran,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>