Jumpa bom lama dalam ladang

Iklan
(UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Segamat melakukan kerja-kerja memusnahkan bom lama kawasan Ladang Pertanian Sekijang, Segamat, pada Khamis.

SEGAMAT - Seorang penduduk menemui sebutir bom lama ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Ladang Pertanian Sekijang di sini, pada Khamis.

Polis Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, bom jenis Artillery Shell 85mm itu dimusnahkan pada jam 12.15 tengah hari Jumaat.

Iklan
Iklan

Kerja-kerja memusnahkan bom itu dilakukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Segamat.

"Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.

Iklan
Iklan

"Pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda," menurut kenyataan itu pada Ahad.