Penurunan permintaan punca lambakan udang harimau, patin sangkar
Iklan
LKIM menyifatkan isu lambakan udang harimau di Melaka dan ikan patin sangkar di Pahang yang tidak dapat dipasarkan berpunca daripada penurunan permintaan di peringkat pengguna akhir. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyifatkan isu lambakan udang harimau di Melaka dan ikan patin sangkar di Pahang yang tidak dapat dipasarkan berpunca daripada penurunan permintaan di peringkat pengguna akhir.
Unit Komunikasi Korporat LKIM dalam satu kenyataan turut mengumumkan langkah bagi menangani isu berkenaan.
Iklan
Iklan
Bagi menangani isu membabitkan udang harimau, LKIM menawarkan langkah jangka pendek bagi membantu memasarkannya antaranya dengan mengadakan rundingan dengan kilang memproses udang di Johor Bahru.
"A&O Food Industry bersetuju untuk membeli sebanyak dua tan udang bagi setiap satu kali pengambilan secara berperingkat.
Iklan
Udang ini akan disejuk beku untuk pasaran luar negeri di samping udang segar akan dihantar ke Singapura.
"Langkah kedua ialah mencari ruang pasaran tempatan di Selangor dan Terengganu yang mana ia telah dilakukan dan mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pembeli,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Langkah jangka pendek yang ketiga, menurut LKIM adalah pemasaran secara terus melalui platform sedia ada seperti kerjasama yang dijalankan bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi pasaran dalam talian, cash on delivery (COD) dan peniaga runcit individu.
Menurut LKIM, langkah diambil ini dijangka dapat membantu mengatasi kerugian serta memberi kelegaan kepada penternak udang harimau di Melaka dan ikan patin sangkar di Pahang.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal