Agrobank edar bakul makanan kepada 60 keluarga B40

Iklan
Salah seorang penerima bekalan makanan menerusi program COVIDCAREMY 3.0 di Kuala Lumpur pada Khamis.

SHAH ALAM - Agrobank dengan kerjasama Persatuan Jaringan Pembangunan Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia) dan MySkills Foundation mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada 60 keluarga B40 menerusi program COVIDCAREMY 3.0 pada Khamis.

Penanggung Tugas Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, penerima bekalan makanan itu ialah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang telah selesai menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin dan peka dengan cabaran dan keadaan semasa yang sedang dihadapi komuniti setempat, Agrobank mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Ia bertujuan untuk meluaskan capaian bagi memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang terkesan oleh situasi semasa berikutan penularan pandemik Covid-19 yang sudah memasuki tahun kedua,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, sejumlah RM200 diperuntukkan bagi setiap keluarga untuk bekalan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula, garam, sardin, susu pekat, kit penjagaan diri dan barangan korporat Agrobank seperti tuala muka, kipas tangan dan beg sandang untuk diedarkan kepada keluarga-keluarga yang telah dikenal pasti oleh DHRRA Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa COVIDCAREMY dan DHRRA Malaysia, S Saravanan berkata, pihaknya berbesar hati kerana Agrobank berganding bahu membantu golongan terkesan akibat Covid-19.

Iklan

COVIDCAREMY 3.0 merupakan program kesinambungan COVIDCAREMY iaitu inisiatif tindak balas krisis segera yang dilancarkan oleh DHRRA Malaysia pada Mac 2020 melalui formasi gabungan 20 NGO tempatan untuk menjangkau dan memberikan sokongan dan bantuan termasuk khidmat kaunseling kepada masyarakat yang terkesan.

Dengan kerjasama dan sumbangan daripada pelbagai entiti korporat, DHRRA Malaysia berjaya menyokong dan membantu lebih 13,325 keluarga melalui dua fasa program COVIDCAREMY terdahulu.