DUN Sabah tidak akan terbubar secara automatik
Iklan
KOTA KINABALU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa DUN Sabah menghadapi risiko pembubaran secara automatik jika tidak bersidang sebelum 1 Ogos ini.
Kadzim berkata, walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa DUN Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.