Kerajaan perlu berani berbelanja bantu rakyat: Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil sikap berani untuk berbelanja lebih demi rakyat yang terkesan termasuk yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cadangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan memberikan bantuan sebanyak RM1,500 kepada golongan B60 secara berterusan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga perlu dipertimbangkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, golongan B60 merupakan gabungan daripada keseluruhan kumpulan B40 dan separuh daripada kumpulan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kita ambil maklum kesan yang yang dihadapi oleh negara yang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1 juta sehari, namun dalam keadaan begini kita perlu sedar bahawa satu-satunya pihak yang mampu memastikan ekonomi bangkit ialah kerajaan.

Iklan

"Dalam keadaan rakyat kelaparan dan tidak cukup makan, inilah masanya kerajaan berani berbelanja demi rakyat," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar syor bantuan RM1,500 kepada isi rumah B40

Iklan

Nik Nazmi yang juga Ketua Setiausaha Pengelola PKR berkata, kerajaan mempunyai beberapa kaedah untuk mencari sumber kewangan bagi merangka pakej bantuan dalam jumlah besar seperti yang sering diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Bagaimanapun, perbelanjaan secara langsung daripada kerajaan tidak sebesar mana kerana kebanyakannya datang daripada sama ada wang simpanan (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), atau moratorium bank yang boleh diambil sebagai pakej rangsangan.

"Kerajaan boleh meminjam wang daripada pihak lain kerana kadar faedahnya rendah buat masa ini," katanya.

Tambah beliau, had pinjaman kerajaan sebelum ini hanya 55 peratus dan dinaikkan kepada 60 peratus.

Beliau juga berharap had tersebut boleh ditingkatkan apabila Parlimen bersidang supaya kita boleh belanjakan lebih banyak wang untuk membantu jana semula ekonomi.

"Saya yakin Pakatan Harapan (PH) akan memberi sokongan tapi pastikan ada ketelusan dan tiada pihak mengambil kesempatan dalam krisis ini.

"Selagi rakyat tidak mendapat bantuan yang secukupnya, selagi itu mereka tidak boleh mendengar kata ‘abah’ (Muhyiddin) untuk duduk di rumah kerana perlu mencari wang untuk meneruskan kehidupan,” katanya.