PKPD: Dua lelaki keluar selepas jam 12 malam

Iklan
Dua lelaki dikesan keluar pada jam 11.55 malam memberi alasan mahu menghantar roti kepada petugas sekatan jalan raya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang.

SUNGAI PETANI- Dua lelaki dikesan keluar melebihi jam 12 tengah malam pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua berusia 20-an itu dikesan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mereka dilihat berlegar-legar menunggang dua buah motosikal di kawasan perumahan terbabit melebihi jam 12 tengah malam hari pertama PKPD.

"Mereka memberi alasan hendak ke rumah kakak yang juga berada dalam kawasan PKPD kononnya mahu menghantar ubat, bagaimanapun, kita arahkan mereka berpatah balik dengan diiringi anggota URB sampai ke rumah," jelasnya.

Iklan

Adzli berkata demikian ketika melakukan pemantauan hari pertama PKPD di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai Sungai Lalang, bermula jam 12.01 tengah malam, pada Isnin.

Hadir sama melakukan pemantauan, Pengerusi Pusat Kawalan Bencana Operasi Daerah (PKOB) Kuala Muda merangkap Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim.

Iklan

Terdahulu, Adzli sendiri mengesan dua lelaki menggunakan sebuah motosikal menuju ke pos kawalan ketika persiapan sekatan jalan raya hari pertama PKPD dibuat di kawasan sama kira-kira 11.55 malam pada Ahad.

"Apabila ditanya hendak ke mana? Mereka kata mahu hantar roti kepada anggota bertugas.

"Kita hargai apa yang mereka lakukan namun menjadi satu kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila keluar melebihi jam 8 malam, kita nasihatkan mereka akur arahan duduk di rumah dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar,"katanya.

Beliau menjelaskan, sepanjang dua hari pertama PKPD, polis masih memberi amaran dan nasihat, namun tindakan tegas akan dikenakan sekiranya penduduk ingkar selepas tempoh itu.

Dalam perkembangan sama, Abdullah mengumumkan beberapa lokasi dikenakan PKPD membabitkan Kilang Jimat Jaya dan Asrama Pekerja di Taman Seroja (Kluster Dah Makmur) membabitkan 156 pekerja bukan warganegara yang bermula 4 hingga 17 Julai 2021.

"Kerajaan juga menetapkan PKPD di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang (Kluster Industri Sungai Getah) membabitkan 3,050 buah rumah dan 11,600 penduduk.

"PKPD turut dikuatkuasakan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang dan Taman Cahaya PKNK membabitkan 76 buah kilang dan 104 buah rumah dengan 300 penduduk (Kluster Dah Arang, Kluster Dah Bakar, Kluster Dah Industri 5 dan Kluster Dah Industri 11) bermula 5 hingga 18 Julai 2021,"katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penduduk di PKPD Kuala Muda tidak dibenarkan keluar dari perumahan masing-masing termasuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

ARTIKEL BERKAITAN:

PKPD Kuala Muda: Penduduk tidak dibenar keluar vaksin