Kes mayat berkecai, polis jalankan siasatan terperinci
Iklan
Abdullah (dua, kiri) meluangkan masa meninjau kawalan pergerakan di SJR di Jalan Hamzah, pada Ahad.
KOTA BHARU – Polis Kelantan masih membuat siasatan lanjut terhadap kes penemuan mayat reput dan berkecai di Bukit Yong di sini pada petang Jumaat lalu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian individu tersebut susulan pihaknya menemui tapak kaki binatang liar di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, pemeriksaan awal di kawasan berkenaan menemui tapak kaki disyaki harimau dan khinzir.
Iklan
Iklan
"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan walaupun pihak kami jumpa kesan binatang liar di kawasan tersebut. Buat masa ini ia diklasifikasikan di bawah kes mati mengejut dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan laporan bedah siasat.
"Polis mungkin buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) jika diperlukan untuk mendapatkan keputusan (siasatan) penuh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Hamzah di sini, pada Ahad.
Iklan
Beliau pada masa sama turut menerima sumbangan makanan daripada Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, sesiapa yang ada kehilangan anggota keluarga diminta segera menghubungi polis bagi membantu siasatan lanjut.
Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan penemuan mayat reput itu di Bukit Yong di sini selepas penduduk kampung mengadu bau busuk di lokasi kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat reput, berkecai ditemui penduduk di Bukit Yong
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>