Kurang penjawat awam: Bersatu Kelantan desak kajian semula

Iklan
Kamaruddin Mohd Nor

PASIR PUTEH - Bersatu Kelantan mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkaji semula cadangan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata, cadangan itu perlu diteliti secara terperinci memandangkan berlakunya pertambahan penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Selain itu, jumlah terbesar dalam perkhidmatan awam sekarang terdiri orang Melayu yang perlu diberi perhatian utama,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Pasir Puteh di sini, hari ini.

Menurutnya, jika penjawat awam diberhentikan mereka akan kehilangan punca pendapatan sedangkan penubuhan Bersatu adalah untuk membela nasib orang Melayu dan bumiputera.

Iklan

"Walaupun peningkatan mungkin dilihat mendadak tetapi ia berlaku kerana keperluan kerajaan ketika itu.

"Unit perancangan pekerjaan dalam sektor awam boleh menentukan perkara ini namun apa yang penting sekarang kita tidak boleh melakukan kesilapan,” katanya.

Iklan

Khamis lalu, dilaporkan Dr Mahathir berkata, jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta orang meningkat dengan mendadak berbanding satu juta penjawat awam ketika beliau meninggalkan pentadbiran negara pada 2003. - Bernama