PM boleh ubah tarikh persidangan

Iklan
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz

SHAH ALAM - Perkataan ‘secepat mungkin’ dalam titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah mengenai pembukaan Parlimen masih perlu dilihat berdasarkan proses perundangan sedia ada.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, terdapat sedikit komplikasi undang-undang apabila membicarakan mengenai perkataan secepat mungkin itu.

Iklan
Iklan

Katanya, Ordinan Darurat yang terpakai ketika ini, tidak menafikan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Seksyen 11 yang membolehkan tarikh persidangan diubah dari masa ke masa oleh Perdana Menteri.

"Ordinan Darurat memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong menetapkan tarikh pembukaan Parlimen.

Iklan

"Namun mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Seksyen 11, pembukaan Parlimen perlu ada notis 28 hari dan Perdana Menteri boleh mengubah tarikh itu dari masa ke masa.

"Jadinya peraturan itu mungkin boleh terpakai dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Tambah beliau, jika sidang Parlimen mahu diadakan segera, pelaksanaannya perlu selaras mengikut proses perundangan termasuk merungkai Seksyen 14 Ordinan Darurat.

Sehubungan itu ujarnya, jalan penyelesaian yang terbaik ketika ini ialah Perdana Menteri perlu membina keserasian antara sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

"Kita perlu lihat undang-undang yang terpakai ketika ini. Jangan kita beremosi, tuduh-menuduh sehingga membuka tanggapan yang tidak baik kepada mana-mana pihak baik Perdana Menteri mahupun Agong,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tubuh Suruhanjaya Kedaulatan Negara: Pak Wan

ARTIKEL BERKAITAN:Agong, PM perlu runding tarikh buka Parlimen

ARTIKEL BERKAITAN:Buka segera atau tunggu September?