Erdogan risau kesihatan Tun M, akan hubungi bila beliau lebih sihat - Anwar

Iklan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menzahirkan kerisauan tentang keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. - Foto Bernama

ISTANBUL - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menzahirkan kerisauan tentang keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media Malaysia, selepas mengadakan pertemuan dengan Erdogan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

“Presiden Tayyip Erdogan juga menanyakan tentang kesihatan Tun Dr Mahathir. Saya jelaskan sedikit daripada apa yang telah disampaikan oleh doktor dan beliau bersama-sama mengucapkan selamat serta mendoakan agar afiah dan keselamatan,” katanya lagi.

Anwar berkata, Erdogan turut menyatakan hasrat untuk menghubungi Dr Mahathir bagi bertanya khabar dan menyampaikan doa secara peribadi sekiranya keadaan kesihatan beliau bertambah baik.

Iklan

Pada Selasa lepas, media melaporkan Dr Mahathir telah dirujuk ke IJN selepas terjatuh di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.

Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, mengesahkan negarawan itu memerlukan beberapa minggu untuk menjalani rawatan dan pemantauan di hospital.

Iklan

Untuk rekod, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada Julai tahun lalu akibat keletihan selepas menghadiri satu majlis di Putrajaya, beberapa hari selepas menyambut ulang tahun beliau yang ke-100. - Awani