Pakatan Harapan tolak Mageran
Iklan
Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).
Perkara itu ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi satu kenyataan bersama pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Mereka berkata, cadangan itu ditolak berdasarkan pendirian konsisten PH bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula.
Kata mereka lagi, ia juga kerana PH merupakan sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen.
Iklan
"Majlis Presiden PH mengambil maklum cadangan Dr Mahathir mewujudkan Mageran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini, terutama berkait Covid-19.
"Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi malahan politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen," menurut mereka dalam kenyataan itu.
Iklan
Dr Mahathir pada Khamis membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan berkenaan dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara kesan penularan Covid-19.
Katanya, Mageran 1969 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein berjaya menyelesaikan masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan malah majlis itu juga telah menstabilkan politik dan ekonomi negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bawa usul penubuhan Mageran ketika menghadap Agong
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.