'Tak perlu acah-acah ugut PMX, kalau berani jalan sekarang' - Akmal Saleh

Iklan
Hantaran Muhamad Akmal pada Selasa.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen DAP dicabar untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan berbanding mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan isu pemilikan saham.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan sama ada wakil rakyat terlibat berani untuk melepaskan jawatan dipegang ketika ini.

Iklan
Iklan

"Tidak perlu acah-acah hendak ugut PMX lah. Kalau berani, jalanlah sekarang!! Ini sembang kencang, tapi penakut sayangkan jawatan. Orang suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada

"Bak kata Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang sebelum ini kepada saya, jikalau anak jantan, letaklah jawatan," katanya menerusi satu hantaran Facebook pada Selasa.

Iklan

Hantaran terbabit dipercayai susulan gesaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mendesak Azam Baki meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Poay Tiong berkata, sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan tegas, beliau serta ahli-ahli Parlimen daripada DAP mengugut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Muhamad Akmal turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen DAP sekadar berani bersuara tanpa mengambil tindakan termasuk meninggalkan jawatan serta elaun dinikmati.

"Adakah tidak cukup jantan untuk meninggalkan jawatan dan elaun itu. Sembang bolehlah," ujarnya lagi.