KOTA BHARU - Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, dakwaan seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital itu pada Selasa yang tular di laman media sosial merupakan berita palsu.
"Penyebaran berita berkenaan adalah tidak benar. Hasil semakan butiran individu yang didakwa melarikan diri itu juga tiada dalam rekod kemasukan pesakit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.