Kelibat mirip buaya muncul di Bagan Lalang

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan penampakan menyerupai buaya berhampiran sebuah pusat peranginan.

SEPANG – Orang ramai dinasihatkan tidak mengadakan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang Sungai Pelek di sini susulan penampakan menyerupai seekor buaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Haiwan berkenaan dilihat berhampiran sebuah pusat peranginan di kawasan pantai terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, Norhizam berkata, polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengambil tindakan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"“Orang ramai, khususnya penduduk setempat dan pelancong, dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti di persisiran pantai berkenaan demi keselamatan,” katanya.