60 maut kebakaran bangunan di Dhaka

Iklan
Sekurang-kurangnya 60 maut dalam kebakaran bangunan di Chawkbazar, Dhaka.- Foto Reuters

DHAKA - BANGLADESH. Sekurang-kurangnya 60 orang dilapor maut susulan kebakaran bangunan perumahan yang sebahagiannya digunakan sebagai gudang kimia di Chawkbazar, Dhaka, semalam.

Pihak berkuasa memaklumkan angka kematian kekal 60 dan kebakaran telah berjaya dikawal.

Iklan
Iklan

Ketua Perkhidmatan Bomba, Ali Ahmed berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada silinder gas yang kemudian merebak ke bahagian bangunan yang menyimpan bahan kimia.

"Kebakaran merebak cepat ke empat bangunan berhampiran yang digunakan sebagai gudang simpanan bahan kimia.

Kebakaran berjaya dikawal pihak bomba. - Foto Reuters

Iklan

"Mangsa terperangkap berikutan api yang merebak terlalu cepat," katanya kepada media.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Polis Metropolitan Dhaka, Ibrahim Khan berkata, selain mangsa yang terperangkap dalam bangunan, beberapa pengunjung restoran berhampiran turut menjadi mangsa.

Iklan

Kawasan Chawkbazar di Dhaka mempunyai jalan sempit dan bangunan perumahan terletak rapat antara satu sama lain.- BBC