Roket China jatuh di Lautan Hindi

Iklan
Roket Long March 5B ketika dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah selatan Hainan China pada 29 April 2021. - Foto AFP

Beijing - Roket keluaran China telah jatuh di Lautan Hindi.

Ia mengakhiri spekulasi selepas sebahagian besar komponen roket tersebut musnah setelah kembali ke atmosfera bumi, menurut agensi angkasa China.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan pemantauan Space Track yang menggunakan data ketenteraan AS, juga mengesahkan kemasukan semula.

"Semua yang mengikuti kemasukan semula #LongMarch5B boleh berehat. Roket itu tergendala," ciapnya.

Iklan

Pihak terlibat dalam ciapan berasingan turut percaya roket jatuh ke Lautan Hindi namun masih menunggu data rasmi daripada @18SPCS, merujuk kepada skuadron Angkatan Angkasa AS.

Kemasukan semula object besar yang tidak terkawal itu telah mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan kerosakan dan kemalangan jiwa walaupun peluang statistiknya rendah.

Iklan

Pihak berkuasa ruang angkasa Amerika dan Eropah adalah antara mereka yang mengesan orbitnya dan berusaha menentukan bila dan di mana serpihan roket itu jatuh.

Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin mengatakan, tentera AS tidak mempunyai rancangan untuk menembak jatuh tetapi menganggap China mengabaikan kejatuhannya dari orbit.

Tahun lalu, serpihan dari roket Long March yang lain jatuh di kawasan di Ivory Coast menyebabkan kerosakan struktur, namun tiada sebarang kecederaan atau kematian. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Kebarangkalian roket Long March 5B terhempas timpa manusia rendah: MYSA