Bawa 100 hidangan halal ke stesen angkasa

Iklan
Keseluruhan proses penyediaan makanan turut mematuhi piawaian halal daripada pemilihan bahan mentah hingga kaedah memasak. - Foto Agensi

BEIJING - Kurma kambing dan sup daging berempah antara lebih 100 pilihan hidangan halal yang disediakan khas untuk angkasawan Pakistan, Muhammad Zeeshan Ali sepanjang berada di Stesen Angkasa Tiangong milik China.

Menu istimewa itu mengambil kira cita rasa, budaya pemakanan serta keperluan nutrisi Ali.

Iklan
Iklan

Penyelidik di Pusat Angkasawan China, Chen Junli berkata, hidangan berkenaan dirancang bagi membekalkan tenaga dan nutrisi mencukupi selain memastikan makanan ringan serta mudah dihadam sepanjang misi tersebut.

Keseluruhan proses penyediaan makanan turut mematuhi piawaian halal daripada pemilihan bahan mentah hingga kaedah memasak.

Iklan

Sementara itu, Ali, 40, mencipta sejarah apabila menjadi warga asing pertama menjejakkan kaki di Tiangong.

Beliau tiba di stesen berkenaan pada Rabu menerusi kapal angkasa Shenzhou-24 bersama dua angkasawan China, Tang Hongbo dan Wu Yi, selepas dilancarkan menggunakan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.

Iklan

Kapal angkasa itu berjaya berlabuh dengan Tiangong kira-kira tiga jam 38 minit kemudian sebelum ketiga-tiga kru menyertai tiga angkasawan misi Shenzhou-23 yang sudah berada di orbit.

Misi itu turut menandakan kali pertama Beijing menghantar angkasawan asing ke stesen berkenaan.

Bekas juruterbang Tentera Udara Pakistan itu berperanan sebagai pakar muatan dan dijangka berada di Tiangong selama lima hingga 10 hari bagi menjalankan eksperimen saintifik termasuk kajian berkaitan mikroorganisma penghasil oksigen serta pemasangan sampel selain peralatan penyelidikan.

Sebelum menyertai misi itu, Ali menjalani latihan selama tujuh bulan di Beijing.

Sebelum ini, Namira Salim, rakan senegaranya turut mencipta rekod menerusi penerbangan suborbit bersama Virgin Galactic pada Oktober 2023. - Agensi