Muhyiddin ajak umat Islam luang masa baca, fahami inti pati al-Quran
Iklan
KUALA LUMPUR - Bersempena Nuzul al-Quran 1442 Hijrah pada Khamis, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam meluangkan lebih banyak masa membaca dan memahami inti pati al-Quran yang antara lain menyarankan amal soleh.
Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung dalam peristiwa itu dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.