JKKN anjur program Iftar 2021@Ramadan Online

Iklan
Nancy ketika Majlis Pelancaran Iftar 2021@Ramadan Online di Maju Junction, Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Program Iftar 2021@Ramadan Online bagi memastikan semangat membudayakan masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, iftar yang dijalankan secara dalam talian di Facebook rasmi JKKN pada 29 dan 30 April 2021 sebelum ini dikenali Iftar@KL, namun dijenamakan semula selaras dengan konsep pengamalan norma baharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program ini bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan.

"Melalui pengisian aktiviti Iftar 2021@Ramadan Online ia dapat menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan serta antarabangsa secara dalam talian," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Iftar 2021@Ramadan Online di Maju Junction, Kuala Lumpur pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, pada 2019 program tersebut telah berjaya menarik kehadiran 73,562 orang melibatkan pelancong tempatan 65,763 orang, manakala 7,799 pelancong luar negara.

"PR Value bagi Iftar@KL 2019 adalah RM1,273,929.22 dengan hasil pendapatan Return Of Investment (R.O.I) melalui jualan makanan dan minuman oleh Food Truck, tajaan produk oleh penaja bernilai RM 825,677.10," katanya.

Iklan

Nancy berkata, sekiranya keadaan kembali normal, nama Iftar@KL akan kembali digunakan.

Atara pengisian menanti orang ramai ialah bacaan al-Quran oleh Ustazah Sharifah Khasif dan Zizi Kirana, Bicara Ramadan oleh Dr Mohd Izwan Mohd Yusof (Jakim), Ustaz Norzaidan Hamad (Jakim), Ustaz Wan Abdul Halim Md Yusoff (Jawi) dan Dr Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid (Jawi), Ceramah Ramadan oleh PU Azman dan Imam Muda Asyraf.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.