ALOR SETAR - Bazar Ramadan Bukit Nyamuk di Kuala Nerang diarahkan ditutup, susulan pemeriksaan pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) mendapati prosedur operasi standard (SOP) gagal dipatuhi oleh peniaga serta pengunjung bazar itu.
Yang Dipertua MDPT Datuk Suhaimi Abd Rahman berkata, penutupan operasi bazar berkenaan berkuat kuasa Khamis, namun beliau tidak menyatakan tempoh penutupan bazar Ramadan itu.