Selangor puas hati pematuhan SOP solat tarawih
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor setakat ini berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih yang dilaksanakan di masjid dan surau susulan kebenaran pelaksanaannya kepada umat Islam di negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pengurusan masjid dan surau, serta jemaah dilihat melaksanakan dan mematuhi SOP yang digariskan, antaranya membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka, mengimbas suhu serta menjaga jarak fizikal.