Ketua keluarga perlu maklum jika bekalan makanan diterima tak cukup
Iklan
Zuhami Omar
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mengingatkan semua ketua keluarga supaya memaklumkan segera kepada petugas semasa agihan bekalan makanan asas jika tidak mencukupi untuk keperluan isi rumah mereka.
Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar berkata, menerusi pengalaman sebelum ini, pihaknya mendapati masih ramai yang salah faham dengan peruntukan bekalan bantuan makanan asas sama ada makanan basah dan kering yang disediakan.
Iklan
Iklan
"Ramai menyangka sebuah rumah hanya layak menerima satu bungkusan sahaja sedangkan pada masa sama, sebuah rumah dihuni lebih daripada satu keluarga. Ada yang tidak memaklumkan kepada petugas ketika menerima bekalan itu.
"Secara logiknya, mereka layak menerima bekalan bantuan tambahan berbanding rumah lain kerana kuantiti isi rumah itu dan sekiranya dimaklumkan segera, Insya-ALLAH tambahan bantuan makanan segera dilakukan dalam tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengagihan bantuan makanan kepada penduduk di tiga kampung di mukim Hulu Besut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada Rabu.
Beliau berkata, jika ada tambahan isi rumah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan JKM supaya menyelaraskan bantuan sewajarnya.
Iklan
"Bagaimanapun, kita bimbang maklumat yang diterima agak lambat dan memberi kesan negatif kepada keluarga terlibat," katanya.
Agihan bantuan makanan asas kali ini membabitkan seramai 1,597 isi rumah daripada 348 buah rumah iaitu di Kampung Belaoh (141 rumah, 651 isi rumah), Kampung PPRT Belaoh Baru (97 rumah, 476 isi rumah) dan Kampung Keruak (110 rumah, 470 isi rumah).
Seorang pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Fifi Nurfatin, bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah mengakui pada mulanya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan hanya memperoleh 3A ketika kertas percubaan SPM lalu.
Bagaimanapun dia bangkit dan bertekad untuk membanggakan kedua ibu bapanya, Noorhayati Alang, 40, dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dengan pencapaian cemerlang itu.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666999/edisi/perak/ibu-bapa-jadi-penguat-semangat-pelajar-orang-asli-raih-9a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com