Cuepacs mohon maaf dakwaan penjawat awam sabotaj kerajaan

Iklan
Adnan Mat - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang mendakwa kemungkinan wujudnya pegawai tertinggi kerajaan bertindak mensabotaj kerajaan semasa melalui pelaksanaan pekeliling perkhidmatan penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat menjelaskan, perkara tersebut sebenarnya tiada dalam konteks yang cuba disampaikan oleh Cuepacs.

Iklan
Iklan

"Dalam hal ini kami mengakui tiada pegawai kerajaan yang bertindak mensabotaj kerajaan malah semua penjawat awam semakin fokus dalam membantu rakyat bagi menangani cabaran Covid-19.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah menjelaskan pekeliling perkhidmatan yang dikuat kuasa telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Cuepacs menerima penjelasan tersebut.

Iklan

"Justeru kenyataan Cuepacs sebelum ini adalah tersasar kerana tiada pemakluman dan Cuepacs memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya pada sidang akhbar mengenai inisiatif dana khas, MOH FWD MY Heroes untuk petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan bagi membantu petugas dijangkiti Covid-19 sewaktu bertugas, di Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur pada Rabu.

Adnan berkata, keputusan menarik balik itu telah dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawantankuasa tertinggi Cuepacs pada Jumaat lalu setelah meneliti semula kenyataan yang dikeluarkan menerusi sidang akhbar penguatkuasaan pekeliling perkhidmatan pada 28 Disember 2020 dan 5 Januari lalu yang boleh wujudkan tanggapan negatif di luar.

Iklan

"Cuepacs berharap semua pihak dalam perkhidmatan awam dapat terus bekerjasama dan berada dalam hubungan 'tripartite' antara kerajaan, majikan dan pekerja bagi memastikan sistem penyampaian kepada rakyat dapat terus dilaksanakan dengaan lebih berkesan dan efisien," katanya.