Empat OKP dijel dan disebat
Iklan
Tiga daripada empat OKP yang didakwa dan dikenakan hukuman penjara serta sebatan.
MACHANG – Empat lelaki yang melanggar syarat pengawasan orang kena pengawasan (OKP) yang berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan.
Dakwaan yang melibatkan tarikh berbeza sepanjang Januari tersebut dibuat selepas kesemua mereka gagal melaporkan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat pengawasan.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai AADK Machang, Azahari Abdullah berkata, OKP berusia 35 hingga 46 tahun terbabit didakwa mengikut Seksyen 6(2)(d) dan Seksyen 6(2) (f) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
"Tertuduh didapati melanggar satu daripada enam syarat pengawasan iaitu melapor diri di balai polis seperti yang ditetapkan. OKP perlu mematuhi enam syarat pengawasan ditetapkan termasuk melapor diri ke balai polis kerana jika melanggar salah satu syarat pun dalam tempoh hukuman dikenakan sudah menjadi satu kesalahan.
Iklan
"Selain OKP, ibubapa atau keluarga juga perlu cakna soal ini dengan menasihati mereka agar sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Sehingga 31 lalu, sebanyak 13 kes baharu dan berulang direkodkan AADK Machang hasil operasi antidadah yang dilaksanakan secara berterusan di sini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>