Tapir jantan mati dilanggar
Iklan
Tapir jantan seberat 450kg ditemui mati di Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
GUA MUSANG - Seekor tapir jantan seberat 450 kilogram (kg) ditemui mati di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, di sini pada Ahad.
Bangkai hidupan liar itu ditemukan oleh penduduk Kampung Felda Chiku di sini pada jam 7.45 pagi.
Iklan
Iklan
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, bertindak atas maklumat penduduk berhubung kejadian itu sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba, kami temui bangkai tapir tersebut dan hasil maklumat yang diperoleh dari penduduk mendapati berkemungkinan besar hidupan liar itu dilanggar oleh kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Iklan
Menurutnya, siasatan awal Perhilitan Kelantan tidak menolak kemungkinan tapir jantan itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Gunung Rabong atau Hutan Simpan Chiku di sini.
Beliau berkata, kematian tapir akibat dilanggar kenderaan merupakan kejadian pertama yang berlaku untuk tahun ini.
Iklan
Ady Ermanty Haniff berkata, sepanjang tahun lalu tiga tapir mati dilanggar kenderaan.
Katanya, ekoran kejadian itu Perhilitan Kelantan telah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan spesis tersebut dilindungi dengan memasang papan tanda amaran kehadiran tapir di jalan utama yang telah dikenalpasti sebagai laluan hidupan liar itu.
"Antara lokasi panas yang dipasang dengan papan tanda amaran kehadiran tapir ialah di Jalan Kuari, Chiku 1 dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
"Papan tanda amaran adalah untuk memastikan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan jika melalui kawasan 'hotspot' laluan tapir,” katanya.
Ady Ermanty Haniff berkata, Perhilitan Kelantan turut bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memasang perangkap kamera di hutan simpan yang berhampiran lokasi panas kemalangan.
Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pihak ladang untuk mendapatkan maklumat kehadiran tapir di lokasi panas itu.
"Pemantauan berterusan turut dijalankan dalam usaha mengatasi masalah tersebut,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.