Siasatan WHO di Wuhan bermula

Iklan
Pegawai Beijing tiba di Hilton Wuhan Optics Valley Hotel untuk menyertai mesyuarat bersama pakar WHO pada Jumaat. - Foto: AFP

WUHAN - Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melawat ke hospital di bandar Wuhan, wilayah Hubei selepas kerja lapangan mereka bermula pada Jumaat untuk menyiasat asal-usul Covid-19.

Mereka turut mengadakan pertemuan dengan pegawai China sebelum ke lokasi pertama untuk meneruskan siasatan bagi menentukan bagaimana virus itu disebarkan daripada haiwan kepada manusia.

Iklan
Iklan

Antara lokasi yang dikunjungi pasukan pakar itu adalah Hubei Provincial Hospital of Integrated Chinese and Western Medicine yang merawat kumpulan terawal pesakit Covid-19.

Menurut WHO, pasukan itu kemudiannya akan menuju ke Institut Virologi Wuhan, pasar borong makanan laut Huanan dan makmal Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan yang mempunyai kaitan rapat dengan pandemik tersebut.

Iklan

Difahamkan, butiran lanjut lawatan mereka hanya disampaikan menerusi Twitter dan salah seorang pakar, Peter Daszak menyifatkan lawatan pertama itu sangat penting untuk menjayakan misi mereka.

"Kami kini berada di hospital dan bertemu dengan para doktor dan kakitangan sebenar serta berbincang tentang tugas mereka ketika menghadapi wabak itu secara terperinci," kata Daszak yang merupakan Presiden pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memfokuskan pencegahan penyakit berjangkit, EcoHealth Alliance.

Iklan

Sehingga kini, jadual sebenar perjalanan misi itu masih belum diperoleh selepas siasatan tersebut ditangguhkan beberapa kali oleh Beijing. - AFP